Desas-Desus Kasut Desporte Bawah RM350?
Kami terdengar satu khabar angin yang menarik, Desporte dikatakan bakal mengeluarkan satu model baru dengan harga bawah RM350?
Langkah ini dikatakan sebagai usaha untuk “membawa Desporte kembali kepada peminat peminat futsal” menjadikan jenama premium ini lebih mampu milik untuk semua peminat futsal, tanpa mengorbankan kualiti yang telah menjadi identiti utama Desporte selama ini.
Seperti yang kita tahu, Desporte terkenal dengan ketahanan, keselesaan dan kemasan premium pada setiap pasangnya. Jadi bila timbul cerita pasal model baru yang lebih murah, persoalan mula timbul, adakah ia mampu mengekalkan kualiti yang sama?
Sama ada ini satu strategi bijak untuk menawan hati pemain baru, atau sekadar eksperimen dalam pasaran, kita masih perlu tunggu dan lihat. Tapi satu yang pasti, minat terhadap Desporte pasti akan melonjak semula kalau benar model ini dilancarkan.
Kalau tengok harga model-model Desporte sekarang, memang boleh tahan juga. Sebagai rujukan:
- Campinas SP2 – RM449
- Campinas JP6 – RM499
- Sao Luis KI3 / Rio LL ID – RM549
- Boa Vista KI3 – RM579
- Tessa Light ID3 – RM599
- Model-model Pro (seperti Campinas JP PRO2, Tessa Light PRO2) – RM699
Adakah ini akan menjadi "game changer"? Kita nantikan pelancarannya bersama-sama.